Peserta didedahkan dengan pelbagai jenis dan fungsi probiotik dalam industri akuakultur. Lebih 43 produk probiotik premium di pasaran yang boleh dibeli sedikit dan boleh diperbanyakkan sendiri untuk mengurangkan kos ternakan.
Peserta dilatih bagaimana menghasilkan beberapa jenis probiotik untuk kawalan kualiti air. Teknik-teknik yang diajar membolehkan peserta menggunakan probiotik pada kos rendah bagi mengawal kenaikan ammonia, nitrit dan hidrogen sulfida.
Peserta dilatih menghasilkan beberapa formula probiotik bagi pencegahan dan kawalan penyakit akuakultur. Teknik yang diajarkan sesuai untuk kawalan penyakit berpunca daripada serangan bakteria, kulat dan parasit terhadap ternakan ikan, udang marin dan udang kara.
Kawalan Penyakit
Praktikal
Seminar
Where
Fakulti Bioteknologi, UPM
13:00 - 14:00
Makan Tengahari & Rehat
Sesi makan tengahari, solat dan rehat untuk semua peserta program
Peserta diajar kaedah menghasilkan enzim bagi membantu meningkatkan pencernaan dan penyerapan dedak. Enzim-enzim yang dihasilkan membantu ternakan mencerna protin dan karbohidrat. Hasilnya FCR dapat diturunkan dan kos dedak dapat dikurangkan.
Peserta dilatih menghasilkan makanan hidup daripada kumpulan zooplankton dan fitoplankton. Teknik yang diajar sesuai untuk penjimatan pellet diperingkat benih dan juga meningkatkan kesihatan benih yang sedang membesar.
Peserta diajar teknik semi-bioflok untuk kawalan kualiti air dan penyakit. Teknik semi-bioflok lebih mesra penternak berbanding teknik sistem bioflok penuh.